bersendirian atau keseorang memang susah . kalau memang hati kering laen cite la kan . sebab itu kita semestinya menghormati dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita . buruk ke baek ke , terima dengan hati terbuka . kalau orang di sekeliling kita banyak kelemahan , kita juga sama .
sama sama menegur apa yang salah dan kasi ok balik . jangan terlalu ikutkan perasaan dan jangan terlalu ego untuk menerima teguran . kalau tegur pum takde perubahan , siap cakap 'suka hati aku lah ' tumbuk laju laju kat batang hidung kasi patah .
seminggu yang lalu , aku balik ke kelantan . oleh kerana kereta aku kemik di bahagian tayar belakang sebelah kanan yang dilanggar oleh kambing yang ada lesen dan kerana jalan yang menyambungkan melaka ke kelantan macam bukit chips more , kejap tinggi kejap rendah . aku ambik keputusan untuk balik sorang . aku nekad . dia bimbang , aku tahu .
balik sorang ni memerlukan tidur yang cukup . seawal 5 pagi aku bangun , kemas apa yang perlu dan buat apa yang perlu . lebih kurang pukul 7 pagi semua sudah ciap dan aku boleh bergerak . tapi poket aku ada 30sen !! nasib baek mak dan ayah aku bagi pada jam seterusnya , selesai sarapan aku terus bertolak . dan bla bla bla ..
sepanjang perjalanan selama 9 jam lebih yang membuatkan punggung aku kebas dan keras . bukan hantu tapi hindu naek motor bawak anjing mengejutkan aku dari lamunan . bukan sebab pegang anjing kurap yang aku naek angin tapi bawak motor macam bawak lori . lepas tu boleh pulak masuk simpang macam dia sorang ada kat citu . bodoh . driver lori sekarang pum reti berbudi la . semua bayar roadtax . kalau rasa kebal sangat , jangan test kat jalan raya .
oleh kerana brader c.c bajet bagus dan belagak macho, rasa nak tendang laju laju kat dada . aku nak out . ok , tepat pukul 7 . 30 malam aku sampai di rumah . alhamdulillah ..
kali ini amat berlainan , selalu nya mak aku yang kejut pagi pagi hari istimewa macam ni . kali ini aku sendiri yang bangun a.k.a tidak tidur . lepas mandi aku selalu nya terus kejut adik aku kasi dia baju untuk iron tapi tadi aku sendiri yang iron .
semakin hari semakin meningkat usia , syukur kepada Allah kerana panjang kan umur ku dan mengurniakan keluarga dan kawan kawan yang sentiasa ada di sisi aku . ok , hari ni aku cukup 20 tahun hidup di dunia ni . esok pagi aku bukan lagi seorang kanak kanak .
hari semakin gelap , masa semakin suntuk , air gatal sudah mula mengalir di mata kecil ku , bulan semakin terang , bintang berkelipan , cerah dan menerangi malam kelam , angin dingin , kadang kadang ada diseliti bau kentut orang di sekeliling , jom membaca .
When I find myself in times of trouble, mother Mary comes to me, speaking words of wisdom, let it be. And in my hour of darkness she is standing right in front of me, speaking words of wisdom, let it be.
Let it be, let it be, let it be, let it be. Whisper words of wisdom, let it be.
when all the broken hearted people living in the world agree, there will be an answer, let it be. For though they may be parted there is still a chance that they will see, there will be an answer. let it be.
Let it be, let it be, Let it be, let it be, there will be an answer. Let it be.. Let it be, let it be, Let it be, let it be. Whisper words of wisdom. Let it be..
Let it be, let it be, Let it be, let it be, there will be answer. Let it be... Let it be, let it be, Let it be, let it be. there will be answer. Let it be..
And when the night is cloudy, there is still a light, that shines on me, shine until tomorrow, let it be.
I wake up to the sound of music, mother Mary comes to me, There will be no sorrow Let it be..
Let it be, let it be, Let it be, let it be. There will be no sorrow. Let it be. Let it be, let it be, Let it be, let it be, Whisper words of wisdom let it beeee.
mereka bukan buta huruf . mereka adalah bekas penghuni di institusi yang ternama . kejayaan mereka menjadi pendorong kepada kejayaan orang lain dan menjadi kebanggaan keluarga . mereka sekarang tidur nyenyak di bilik berhawa dingin . gaji mencecah puluhan ribu ringgit , kereta besar , rumah cantik , dan selalu berpakaian kemas . tapi mereka bodoh , tamak , dan selalu memaki sesama sendiri . mereka selalu di boneka kan oleh orang lain . mereka tidak memikirkan masa depan anak cucu mereka . mereka seakan tidak sedar orang lain sedang mengaut keuntungan dari sikap mereka . mereka tidak sedar mereka sudah tua , dan segala perlakuan mereka akan di tanggung oleh anak cucu mereka . bila tiba kejadian yang tidak di ingini berlaku , mereka tampil dengan kata kata ilmiah , kata kata seorang yang tinggi ilmu nya . akan tetapi mereka sering menindas sesama sendiri . memaki , menghina , sumpah seranah adalah salah satu pekerjaan mereka . mereka sering lupa perjuangan sebenar mereka . merekalah pemimpin MELAYU (harap tidak semua) .
pergi dari segala masalah .
pergi dari segala kekusutan .
pergi dari segala benda tidak berfaedah .
pergi dari segala kekeliruan .
pergi dari segala kepenatan .
pergi dari segala keraguan .
pergi dari segala kekosongan .
pergi lah dari kepala otak aku .
selamat berjaya kepada aku dan mereka yang mencari ilmu .
first paper 8hb . tapi kepala kosong , akal masih tumpul . aku perlu berubah .
semoga berjaya .
kebelakangan ni aku memang down giler . aku selalu mengenang kan apa yang berlaku . bukan kerana test ku yang teruk , dan bukan kerana aku tidak ada duit . tapi kerana pokok yang aku tanam sudah layu , daun kering dan mula luruh . batang nye berkuping , dan seperti tidak bermaya seperti dulu . aku sayang pokok ni . setiap hari aku baja , aku siram dan setiap masa aku menjenguk . dari tahun yang lepas lagi aku menanam pokok ni . bila perkara seperti ni berlaku aku sedih . bukan ini yang aku mahu kan , tapi pokok ini sudah layu . kerana cuaca yang tidak menentu dan kurang prihatin terhadap perubahan pada nya akhir nya air mata menitis . jika aku salah kan cuaca , aku memang seorang bodoh . tapi aku memang seorang bodoh . aku hanya mampu berharap semoga dia bertahan sehingga cuaca ini kembali seperti sedia kala , seperti satu tahun yang lepas kerana aku memang sayang akan pokok ini . damn!!
bila angin bertiup , dingin dan saat itu aku keseorangan , satu benda aku rasa . perasaan yang sangat tidak selesa , aku terus hilang selera makan , mengantuk tak tidur seminggu pum hilang sekejap , hati aku berdegup kencang , hanya satu yang aku pikirkan , dia dan sememang nya dia , memang aku tak mampu nak tahan , terus aku ke tandas dan kencing . memang best .
rasa bosan pulak kelas takde petang ni . selalu nye hari ni aku ade bengkel sampai pukul tujuh MALAM . tapi minggu ni bengkel takde . so aku tak payah buat report , melepak je dan gelak puas puas kat membe yang laen . tapi bila hampir sume membe aku pergi bengkel . tinggal aku dengan haey (satu group lab ngan aku) je kat rumah ni , terasa bosan giler pulak . haih ..sekarang tinggal aku sorang sorang pulak , haey da pergi bersukan . ape aku nak buat pum aku takde idea . nak tengok muvie best best tak masyuk time macam ni ..
weekend ni sebenar nye membe membe aku da plan nak pergi cherating kat pahang nun di sana . perjalanan agak jauh dan semestinye penat tetapi akan berbaloi rasanye . aku tak pernah lagi ke cherating tambah tambah ni first time pergi ngan membe membe aku kat UTeM ni . plan ni sebenarnye da tertunggak dua minggu . sepatutnye pergi awal lagi tapi disebabkan ade hal yang tak dapat dielakan terpaksalah pergi hujung minggu ni . aku sebenarnye da berbelah bagi sebab ade yang tak jadi pergi dan tambah tambah pulak perasaan nak balik rumah membuak buak di dada . satu lagi bajet pum da ntah ke mana . tayar keta pulak botak sebelah . tapi aku kena pergi jugak sebab memang aku awal awal lagi cakap benda ni . so hepi holiday to me !
sekarang memang dalam kepala otak aku ni bukan bayang kan minah salleh yang berjemur kat cherating atau skodeng orang ngah beromen kat pantai tu tapi aku bayang kan rumah dan bilik kegelapan aku kat KELATE yang memang selesa giler untuk aku beradu (mak ayah n adik beradik memang tak pernah aku lupe la) . bilik aku sekarang da bertukar . dulu aku tidur di bilik lebih besar dan lebih selesa tapi oleh kerana da tambah ahli keluarga baru sebelum hari raya yang lepas , mak aku suruh tidur bilik kegelapan tu . bilik tu bukan bilik kegelapan cam jalan hitam ke ape . bilik tu sebenarnye tak masuk cahaya , udara pum tak masuk gak , lau membe aku kentut memang boley pengsan la (tambah tambah kentut ek hahaha) . kalau tidur sampai siang ke petang pum macam malam je . memang best la kalau tidur macam tu , kadang kadang je jadi tak best sebab ade hantu nak mengatal datang tindih atau mak aku tutup kipas .
tambahan pula , kebelakangan ni aku asyik mimpi family aku dan membe membe aku DOUBLEK yang ade kat KLATE . dahla hari raya qorban aku tak dapat balik sebab aku ade paper 19/11 ni .memang bangang giler buat final time tu . aku ingat budak yang belajar seberang laut je yang akan rasa perasaan tak balik raya tapi belajar semenanjung pum sama . damn !! kalau aku budak medic buley la terima sebab diorang memang sibuk gile tapi aku engeneering je . tak pum ikut la macam sesetengah ipta/ipts laen yang wat final awal or time study week 2 jatuh pada minggu raya . memang la raya qorban je dan bukan aku pum yang sembelih lembu tapi raya kot . walaupum aku selalu tidur time raya .tapi time ni la nak jumpe satu family dan dua kali setahun je kite beraya . kalau panjang umor buley la jumpe raya lagi . bising bising pum tak guna sebab aku bukan n.c , takpe lah anggap ini satu perngorbanan menjadi seorang penuntut ilmu . semoga MAHA ESA merahmati kita semua .
final lima minggu lagi termasuk stdy week dan aku ade lima paper final exam sem ni . setiap minggu kena stdy satu subjek (itupum kalau rajin) . assignment pulak belambak dan satu patah pum aku tak buat lagi . test dua pum setiap minggu ade stat dari minggu ni . damn !!
aku tak taw nak cakap ape , tapi rasa cam nak gelak puas puas . semalam aku kua ngan DIA , sepatutnye rabu yang lepas tapi terpaksa tunda sampai semalam . setelah lame menunggu akhirnya saat nye telah tiba . yeyhaaa ! ha ha ha .. dia sangat comel d mata aku .. hepi ulangtahun dear ( gua tak pandai eja cara mat salleh hahaha ) ..
aku sememang nye bosan gile lepak umah , tiap malam mengadap pes2010 yang memang aku tak pandai maen . nak kua sangat terbatas sebab poket kering . sesekali ade la merenung kat luar tingkap tengok bulan sambil fikir cam ne nak jadi orang bijak timbang bola . sebab aku ade test timbang bola dan aku memang takde bakat dalam hal berkaitan bola . memang selalu kene kutuk je . memang tak stim . damn !! tapi aku berhati kental dengan membe membe . no hal . tahun ni umah aku da takde strymx dan wifi kolej kediaman lak lambat cam siput . tapi skang broadband da bayar . tq to my father . sekarang aku da bole mengisi masa bosan ngan benda berpatutan .
taip panjang panjang lepas tu padam . taip panjang je padam . bingung . aku was was ke or tak de keyakinan ? aku suka menulis , bukan kerana ingin mencari nama . tapi hanya kepuasan . aku hairan nape aku takut untuk menulis . apa aku nak kisah ngan pendapat orang lain . aku tak de susahkan orang . takde mengutuk orang pum ( saat ini ) . tapi aku takut . damn !
saat ni , semangat aku untuk study da naik sampai gunung everest . sampai umah je aku terus cari buku math untuk wat latihan ckit (gua memang minat math) . setelah dua minit aku cari dalam bilik kegelapan aku , kini aku sedari takde satu pum buku dalam bilik ini hanya ade baju , boxer , kasut ayah aku n kuih raya . damn ! semangat aku da turun balik tambah tambah akak aku mengamuk suruh basuh pinggan . damn !
al kisah nyee , aku baru je balik dari beraya umah membe aku , umah abang ipar dia (baju melayu tak bukak agi) . umah dia memang kena ngan taste aku , ngam ngam . besar , gaya moden + tradisional , perabot ntah kayu ape yang dia guna , kete kat umah tak payah cakap r dan paling menarik sekali ade jeti n bot . burung merak pum ade , yang tu je tak kena . letak rimau baru cool . aku da terbayang lepak kat jeti sambil bini kat sebelah mengurut kaki (awek gua memang mengoda) . memang pergghh . lampu lak malap malap , sungai beralun slow slow je . hanya aku dan dia bersuara sambil asap shisha menkaburkan keadaan . perrggghhhh .. rasa macam first time makan kek coklat .
tapi itu sekadar angan angan la lau aku jadi macam aku yang sekarang . damn !
jeti oh jeti ....
indah nye alam semula jadi . thanks MAHA ESA give me mata untuk melihat .
DOUBLEK adalah group membe membe aku . group ini tak ade kena mengena pum ngan group pekida ke bruno ke atau pum group benci indon . hanya untuk mengeratkan siratulrahim dan bonding kitaorang .
sempena bulan baek dan mulia ini , aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI kepada umat islam yang berpuasa FULL kecuali women yang tak mengandung . tahun ni memang beraya dengan jaya nye sebab aku sempat bertakbir dan mendengar khutbah seperti 3 tahun sebelum ini.. tahniah kepada aku . salam raya semua .
salam kepada semua , dan bukan salam satu malaysia . di saat menanti subuh tiba , aku kebosanan tahap dewa 14 dan merasa ingin mencuba benda baru maka terhasil lah blog ini . dan Assalamualaikum kepada pembaca..