Wednesday, January 5, 2011

2011

tahun baru je akan ada orang tanya azam baru , tiap tahun mesti ada , azam baru azam baru . setiap awal tahun aku akan rasa macam orang muda . tapi tak salah ada impian atau pum nak melakukan perubahan tapi kalau setakat cakap je lebih tapi takde inisiatif pum nak berubah buat apa kan . lebih baek cakap nak jadi ultraman .

2010 banyak gak benda da jadi di sekeliling kita sama ada kita sedar atau pum tak . yang pahit confirm ada yang manis jarang jarang . ujian dan halangan memang selalu mencurah curah ke dalam mental dan fizikal . tapi semua itu boleh di gunakan pada masa hadapan . lebih kepada untuk mematangkan kita . ambik iktibar dan lakukan sesuatu yang lebih baek . kuatkan semangat , kuatkan badan , jaga otak dan kawal perasaan mungkin akan membantu kita untuk jadi macam ultraman .

ok , selamat tahun baru . selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011 . semoga orang ramai akan menghargai keamanan . azam tahun baru , aku nak jadi macam azam baru .